Dr. Mohd Daud Bakar – ‘Cabaran Adalah Perkara Biasa Dalam Kehidupan’

Mengambil cabaran adalah perkara biasa dalam kehidupan; yang tidak biasa ialah tidak mengambil cabaran dan tidak mahu memikirkan cabaran dan kehidupan.

Cabaranlah yang akan menolak kita berada di puncak dunia.

Saya pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Rektor UIA tapi saya mengambil keputusan untuk berhenti daripada UIA.

Ia satu keputusan yang agak sukar kerana saya telah menolak satu peluang bekerja dengan pendapatan tetap.

Dan saya telah mengambil keputusan yang agak drastik untuk membangun sebuah syarikat di Kuala Lumpur dan yang lebih drastik lagi, yang lebih, agak luar biasa, kerana saya telah melakukan satu keputusan yang agak terlalu mencabar iaitu membina satu syarikat di Dubai, satu pusat dan satu hub antarabangsa pada masa tersebut pada tahun 2008.

Pada tahun tersebut, fenomena ekonomi dunia, fenomena yang agak runcing, kerana berlakunya krisis kewangan dunia 2008 dan saya berada di Dubai dalam keadaan yang terpinga-pinga, dengan keadaan ekonomi yang terlalu merosot.

Cabaran dalam kehidupan

Ekonomi Dubai yang agak lembab, ekonomi dunia yang agak lembab, dan cabaran saya semakin hari semakin teruk.

Dan saya telah melakukan satu usaha yang agak berani tapi tidak kena masanya dan saya menanggung kesan yang agak panjang – tidak ada langsung pendapatan selama dua tahun di Dubai.

Tapi itu cabaran dalam kehidupan, saya melaluinya dengan penuh kesabaran, melaluinya dengan penuh keyakinan bahawa Allah S.W.T. tidak akan letakkan kita di tepi.

Cabaran dalam kehidupan

Dia akan melihat sejauh mana kita bertawakkal dan ada harapan untuk kembali menjalankan aktiviti yang biasa. Alhamdulillah, tempoh dua tahun sudah berlalu, dan Dubai pada hari ini dalam konteks kerjaya saya, syarikat saya, merupakan satu tempat yang banyak memberikan peluang perniagaan – bukan sekadar untuk daerah Dubai ataupun di UAE, tetapi Dubai merupakan satu pusat kecermelangan untuk syarikat saya untuk mendapat pelanggan-pelanggan daripada rantau sekitar seperti di Sentral Asia, seperti di Afrika, di Eropah.

Itulah cerita pengalaman kita โ€“ tidak ada orang yang berjaya tanpa ada luka di badan; tidak ada mereka yang boleh mendaki bukit dan gunung tanpa jatuh dalam lembah gaung dan sebagainya.

Tidak ada mereka yang dapat terbang seperti seekor burung melainkan terpaksa jatuh atas tanah dua, tiga kali.

Itulah sifat burung, sifat orang yang berjaya, sifat mereka yang ingin mengambil cabaran dalam kehidupan.

Cabaran adalah satu perkara yang mesti berlaku โ€“ malah, kalau ada orang yang berjaya tanpa cabaran, tanpa ada rintangan, pastinya itu bukan kejayaan yang sebenarnya.

Kejayaan yang sebenar, kejayaan yang bertapak dan berasaskan kepada kegagalan.

We have to fail, sebelum kita berjaya. Kita kena mengharungi belukar, duri-duri sebelum kita menjadi orang yang berjaya โ€“ itulah Sunnatullah dan itulah sifat hidup pada hari ini.

Mudah-mudahan, tuan-tuan dan puan-puan, saudara saudari sekalian, ambillah cabaran dengan senyum, ambillah cabaran dengan perasaan positif, kecabaran itu adalah modal kita, adalah working capital untuk kita berjaya.

Leave a Comment